Cyst Ovarian, Risiko Kepada Ibu & Bayi Yang Dikandung

“Dr, bahaya tak kalau ada cyst masa pregnant ni?”

Sambil saya godek-godek mesin scan ni, sambil saya explain dengan tenang.

Sebab nampak risau betul patient tu.

Risau gugur lah.

Risau kanser lah.

Jadi, Dr tak boleh buat muka risau, kena pandai buat muka tenang, kalau tak, nanti patient lagi bertambah-tambah risau.😅

“Cyst ni kalau size tak lebih 5-6cm, boleh monitor dulu. Tak perlu makan ubat untuk kecilkan cyst atau apa-apa ubat lain. Tak perlu operate juga. Melainkan kalau berlaku komplikasi seperti pecah (ruptured), terpusing dari kedudukan asal (twisted) atau infected (berlaku jangkitan.”

“Oh, tapi nanti tak kacau baby ke Dr?”

Tanya patient lagi.

Ye lah, ibu mana yang tak risau kan.

Even kalau tak ada cyst pun, kadang2 kalau sakit kat bahagian bawah tu pun kaum ibu ni dah fikir macam-macam kan.😅

Apetah lagi kalau ada cyst.

“Kalau terlampau sakit, luar biasa sakitnya, atau turun darah, kena datang check. Takut pecah atau berlaku komplikasi macam saya cerita tadi. Tapi selalunya amat jarang cyst ni beri masalah pada ibu dan baby. Selalunya cyst ni akan kekal je size ni, atau mengecut sendiri.”

“Dan simple ovarian cyst macam ni, selalunya tak ganggu tumbesaran baby sebab baby duduk dalam kantung dia sendiri, berbeza kedudukan dengan cyst tadi.”

Sambil-sambil saya tunjuk pada mesin scan yang baby dan cyst ni ibarat berada dalam bilik yang berbeza.

“Tapi cyst ni kalau besar sangat atau kedudukan dia terlampau rendah, sehingga masuk dlm kawasan pelvis, kadang-kadang hujung2 masa baby dah matang (term) atau masa nak bersalin tu, cyst ni boleh menghalang kepala baby engaged & tak boleh berada di laluan yg sepatutnya. Kes macam ni kena tengok betul-betul& perlukan perhatian pakar, mungkin perlukan operation.”

Lega bila tengok patient dah mula angguk-angguk tanda faham.

Lagi lega bila tengok dia senyum, bila saya kata buat masa ni tak perlu risau apa-apa, tak perlu ambil jamu atau ubat apa-apa untuk kecilkan cyst tu. Nanti kita monitor lagi next check up sambil-sambil intai baby, kita intai cyst ni sekali.

Baby pun semua ok je. Sihat mengikut umurnya.

Tanda-tanda jangkitan/ pendarahan pun tiada.

Jadi korang pun sama tau. Kalau ada cyst masa mengandung, tak perlu risau. Jumpa Dr, minta Dr check dulu sebelum fikir bukan-bukan ya.

Dr pun nervous juga kalau patient terlampau nervous.😂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top